Followers

30/09/2012

panaskan jari..

heuwww heuwww... assalamualaikum.. PERGh.. grrrr.. zzzzzzzzzzzzz... lama gila xupdate blog.. bukan kerana tidak ada idea, tetapi kerana kemalasan melanda.. tambahan kerja shif dan tak dak brodband ( alasan macam selalu ). selepas 3 bulan meninggalkan dunia kampus, masih lagi begini... begini tu macam mana ? macam ni la.. tetap jadi syha yahya dan bukan NEOLOPA (wlupun mmg nk jadi macam dia sangat2) mood sekarang ? cari keja gaji beribu beriban lepas konvo 3 hb ni.... ok ... thats all today.. wait for next entry..

28/06/2012

Saya Rakyat Negara Demokrasi.

assalamualaikum.. salam pagi jumaat.....

tertawa kecil Miss Kecik tatkala membaca pandangan-pandangan penyokong Parti Pembangkang. isu terbaru, mereka mempertikaikan tentang BR1M. BR1M dikatakan merendahkan-rendahkan maruah Melayu dengan iklan-iklan seperti Mak Cik  Peah yang menggunakan wang 500 untuk membuat cermin mata, Pak Cik Mail yang menggunakan wang 500 tersebut untuk membayar tunggakan bil api dan air, dan juga keluarga Pak Cik Tam menggunakan 500 untuk memperbaiki rumah .. ( nama2 bukan nama sebenar ok ).

dimana nampaknya iklan tersebut merendahkankan maruah Melayu ? Mengatakan Melayu mudah di beli dengan wang ringgit . Tanpa iklan tersebut juga sememangnya telah terbukti Melayu mudah kabur dengan wang ringgit. Rasuah yang semakin berleluasa, pecah amanah . Bukankankah kebanyakan dilakukan oleh Melayu yang mengaku menganut agama suci Islam ?

Kita pandang dari sudut positif BR1M. Ianya bertujuan untuk meringankan bebanan rakyat khususnya golongan miskin. Lihat dari sudut positif iklan tersebut. Ianya mungkin menunjukkan manfaat dan faedah BR1M kepada rakyat. Islam juga menggalakkan berbaik sangka sesama manusia. Jadi tidak perlulah mempertikaikan semua benda yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Bahkan jika pembangkang berada di tempat kerajaan sekalipun, pastinya akan melakukan perkara yang sama juga untuk memancing undi dan juga mempertahankan kuasa politik yang sedia ada.

Berhentilah mencari salah orang lain. Cukup-cukuplah mempertikaikan benda-benda yang remeh -temeh. Kalau ada yang tidak puas hati, mungkin boleh terus dipertikaikan kepada pihak berkenaan.


APA PUN NEGARA KITA NEGARA DEMOKRASI, SEMUA ORANG HAK BERSUARA, CUMA JANGANLAH SAMPAI KENYARINGAN SUARA KITA NANTI MEMEKAKKAN TELINGA SENDIRI.


*peace yow*


moh kita layan Mr.Bean lagi best....



                 



p/s : saya bercakap dari sudut pandangan saya. Seorang mahasiswa Akademi Pengajian Melayu ( tempat lahirnya Anuar Ibrahim ) .
Saya penyokong kerajaan. :)

27/06/2012

Kisah Dongeng Syha Yahya

dalam masa beberapa bulan ni banyak sangat yg terjadi.macam2.. dan tiap satunya memberi pengajaran baru dan juga menguatkan diri saya utk terus bangkit..


beberapa bulan yang lalu juga saya telah berkenalan dgn seseorg.

Asalnya cuma nak kacau2 sj.. ok sy memang NAKAL tapi sy tak jahat.. niat awal nak usha2 ja, kebetulan kelas sama. mula dari usha dalam kelas, selidik nama kemudian berkenalan mengeratkan siratulrahim melalui laman web sosial yg banyak keburukkan dari kebaikan tuh ( FACEBOOK ).. 

bermula dari situlah mula kenal2. yang bestnya dapat usha-usha senyih2 dalam kelas ( ok truly niat g kelas pstu sbb nk usha sj )..

haha.. tapi wlpn sekadar berkenalan sbgai kawan biasa, ( even he's younger than me ), dia banyak membuka minda sy, byk membuatkan sy terfikir, manusia boleh berubah, berubah menjadi lebih baik...

secara tidak langsung ( perlukah ayat begini , lantaklah ), terfikir, dapatkah jumpa seseorang seperti dia ? buat sy senyum sorg2 wlpn mcj yg dihantar cumalah "assalamualaikum kak". KALAULAH sy sebaya dia, KALAULAH sy kenal dia lebih awal. bukan di semester terakhir. Tapi semua itu telah ditentukan.. just accept that.

apa yang mampu , sy berdoa semua sy dipertemukan jodoh dengan lelaki seperti DIA, yg dpt menjadi iman di setiap solat sy dan bukan sekadar menjadi bulan, atau matahari yang ada untuk kepentingan sahaja..biarlah dia menjadi udara yg sentiasa ada..


*sy manusia biasa yg ada perasaan. namun yg sy rasa hanyalah suka, bukan cinta*





                     


*KISAH DONGENG TAK MUNGKIN WUJUD DALAM DUNIA NYATA*

maaf maaf maaf..

wahhh.. blog ni penuh debu-debu dah. lama kn tak menaip.. maaflah agak sibuk.. tapi lepas nih lagi lama la tak menaip sebab brdband xbayar.. heuwwwww.. tunggu keja lah baru aktv balik........


*idea - idea - idea *

11/06/2012

im in exam mood

done wif one.. still have 4.. hope everthing will be ok... usaha and tawakal *FINAL EXAM FINAL YEAR FOR BACHELOR DEGREE

29/05/2012

Note for ex.

Dear my ex,
Sincerely im happy without you now.
But i can lie to other person, not to my self,
Im still miss you.

Dear my ex,
Im still love you. 
Thats the true.
But i realize, you and me, both of us are done,
Nothing else left, only the memory.

Dear my ex,
What im worried now,
Today im still miss you and loving you,
But if you still like that i dont know what will happen for tommorow.

Dear my ex,
One day you will miss me like i keep thinking of you,
One day you will realize that im the one for you,
One day you will come over me,
BUT sorry, that time im not loving you anymore.






                                                                                                                                          Sincerely,
                                                                                                                                The one who loving you

14/05/2012

bila kita merasa.



Sukar meluahkan apa yang terpendam dalam jiwa.
Sukar merungkaikan apa yang kita rasa.
 PERASAANKadang-kala kita sendiri terkeliru dengannya.
Cinta, benci, suka, sayang atau rindu.
 Rasa itu terlampau luas dan abstark untuk kita huraikan dengan bahasa.
Realitinya, perasaan itu wujud cuma kita tidak nampak dan kita hanya dapat merasai,
Merasai dalam jiwa kita.
 RASAYang ada dalam hati kita,
Sayang, suka, benci, rindu.
Semuanya dikurniakan oleh-NYA.
DIA yang mengurniakan rasa dan DIA yang paling berhak untuk mengambilnya kembali.
  *segalanya sudah tertulis*

09/05/2012

alone alone and alone

When i miss you, i look at the moon,
I saw your smile.


When i miss you, i told the wind,
Bring my felling to you.


When i miss you, i make a wish to the star,
Hope your feel same like me.


When i miss you, i give a doa for u in my pray,
HOPE YOU WILL ALWAYS OK BECAUSE IM THE PERSON WHO CARES ABOUT YOU







Jodoh Itu Rahsia Allah.

ramai antara kita yang merungut, yang mengeluh, yang meluahkan rasa CEMBURU tatkala melihat teman-teman mereka bahagia dengan pasangan masing-masing.


Antara dialog yg selalu kita dengar

" untunglah la dia, ada pakwe / laki hensem, kaya pulak. aku ni tak de sapa pon yang nak "

" sampai bila la aku nak jadi macam ni. tak laku-laku "

"kawan-kawan semua dah berkeluarga, aku saja sendiri"

"tak cantik / tak hensem sangat kah aku ni sampai tak dak orang nak "


DAN MACAM2 lagi...


tanpa kita sedari, ayat-ayat yang kita tuturkan adalah keluhan.


Kita sibuk mendoakan supaya ALLAH bukakan pintu jodoh kita, TAPI kita lupa doa supaya ALLAH berikan jodoh yang baik untuk kita.

Kadang2 kala kita berharap kita akan memperolehi jodoh yang sempurna sedangkan diri kita sendiri masih penuh dengan cacat dan cela.

pernahkah anda mendengar pepatah cinta yang mengatakan

" SESEORANG TIDAK PERLU NAMPAK SEMPURNA UNTUK DICINTAI, TETAPI DIA NAMPAK SEMPURNA KERANA DICINTAI "


jadi perlukah lagi kita mencari kesempurnakan.

kita juga tidak putus-putus berusaha mencadi jodoh , tetapi kita tidak pernah berusaha mencari hidayah ALLAH untuk kita berubah.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, dia juga telah menyediakan yang terbaik untuk kita, Kita sebagai hamba-NYA hanya mampu berusaha dan berdoa.


JODOH tidak datang sendiri, ianya perlu dicari. NAMUN bukan semua yang kita  temui itu telah dituliskan BERJODOH dengan kita.


sekiranya DIA bukan untuk kita, lepaskan lah dengan REDHA, kerana satu hari nanti akan datang yang lebih sempurna untuk kita.





+ gilakan ENTRY bervideo +





     

08/05/2012

senyum itu segalanya

Mereka yang seringkali tersenyum, tertawa adalah mereka yang paling banyak mengalirkan air mata. Senyuman dan keriangan yang mereka tunjukkan kadang kala hanya nak hiburkan hati mereka. hakikatnya dalam hati mereka KOSONG.



Tersenyum bukan bererti tiada masalah. Riang bukan bermakna hidupnya sentiasa gembira. Tetapi itu sajalah cara mereka untuk menutup segala gundah gulana.



Kadang-kala mudah orang memberikan penilaian awal tanpa mengenali terlebih dahulu. Mereka yang gemar mengukir senyuman mesra adalah orang yang paling mudah terasa kerana di dalam hati mereka sudah penuh dengan kisah-kisah duka.
Senyum sekadar menutup gelisah di jiwa. Senyum sekadar membohongi hati manusia. Senyum sekadar menjadi penawar duka.



SENYUMLAH KERANA SENYUMAN ITULAH UBAT JIWA .





*jom layan video ni sambil senyum*

= sumber youtube=

06/05/2012

Ayushita - Tuhan Beri Aku Cinta.flv

assalamualaikum ...

UPDATE !


1st entry for MAy and tatau la ada tak lagi entry untuk bulan ni lagi lepas ni. sangat2 sibuk. dah last year kn.. berapa bulan saja lagi nak tamatkan pengajian selepas 3 tahun tungkus lumus, tunggang terbalik utk dapatkan degree.

entry kali kisah habis belajar la.. dah hbis belajar soklan yg kompom2 tak sedap nk dengar and terpaksa didengar juga.

" BILA NAK KAWEN ?"


ho may god.. ~~~~~~~~~


kawen cmna .. calon pon xdop...


TULUN JGN TNY SOKLAN BEGITU. memang dah 23. tapi muda lagi hapa.. hahahahahaha.. ~ panjang lagi hidup. banyak impian lagi. lau ada jodoh, ada lah..



buat cewek2 di luar sana yang menghadapi masalah yg sm ( cewah ). janganlah gundah gulana. tidak perlulah anda bersusah payah mencari adam anda. biarlah adam itu sendiri datang mencari tulang rusuknya.


mengimpikan yang sempurna ?

cerminlah diri kita . layakkah kita andainya kita pown banyak kekurangan yang sedia ada.


SAYA TAK MINTA YANG SEMPURNA, KERANA SAYA BAHAGIA DENGAN BERSEDERHANA.




OK, ARINI ASA NK POST LAGU SEKALI KAT ENTRY NI.... AYUSHITA - TUHAN BERIKAN AKU CINTA.






*jom sambung wat tesis *



28/04/2012

Polilik Melayu Abad Baru

Seperti semua orang tau, semalam 28 april 2012 telah berlangsungnya perhimpunan bersih yang pada gambarannya adalah yg terburuk . aku ni pun bukan pandai sgt bab politik, tapi tersentap dengan apa yg jadi. aku pn xnak sebelahkan sapa2 sebab aku pun tak berada di situ tengok apa yang jadi. satu saja yang aku nak katakan tentang BERSIH . Perpaduan Melayu kian goyang. Melayu bertelagah sesama sendiri hanya kerana perebutan kuasa. subhanallah. sedangkan kaum-kaum lain, India,Cina bersorak menyaksikan kita bergaduh sesama sendiri. EMOSI . itu yang membuatkan kita hilang pedoman. bertindak mengikut hati bukan mengikut akal. Perkara yg sepatutnya boleh diselesaikan menjadi besar dan menjadi isu. Semua pihak saling menunding jari. Agaknya Melayu kita sudah lupa, apa yg kita kecapi pada hari ini adalah hasil kerjasama satu bangsa yang digelar MELAYU, yang seagama ISLAM. Tapi jika dilihat di era baru ini, Melayu kini kian berpecah. Puncanya IDEOLOGI politik yg berbeza. Sedarkah kita,dulunya juga wujud parti yg berbeza-beza tapi masih lagi dapat mentadbir negara dgn aman, dpt berjuang bersama-sama utk menuntut kebebasan. Jika kita terusan begini, tak mustahil kita akan terus dijajah di negara kita sendiri. BERSIH 3.0 adalah salah satu agenda tersembunyi parti-parti lain yg ingin melihatkan Melayu sama Melayunya bertelagah,bertegang urat,sehingga sanggup menumpahkan darah sesama bangsa. Dan apa yg terjadi semalam, sudah membuatkan mereka bersorak gembira. Agenda mereka sudah tercapai. BERSIH 3.0 sedikit sebanyak mengigatkan kita pada peristiwa 13 Mei, bezanya pada masa itu berlaku pergaduhan kaum manakala BERSIH 3.0 memperlihatkan perpecahan Melayu sendiri. BERJUANG ? Ada caranya . Tambahan pula yg rasanya lebih daripada separuh yg berjuang dalam BERSIH 3.0 adalah golongan muda. Mereka yg bergelar MAHASISWA. Seharusnya ada cara lain yg boleh menyelesaikan masalah. MALAYSIA ini tanah Melayu, hak keistimewaan Melayu jelas tercatat dalam perlembagaan. Tapi, jgn pula kita bersenang-lenang memikirkan kita sudah mendapat hak tersebut, hak kita akan hilang seandainya majoriti 2/3 kerusi Parlimen dapat diduduki oleh parti kaum lain, BUKAN PARTI MELAYU. Inilah agenda yang sebenarnya diaturkan oleh DAP. Mempergunakan orang-orang Melayu yang masih lagi cetek pemikiran untuk membantu mereka memegang tampuk pemerintahan negara. Jika tampuk pemerintahan bertukar kpd mereka, maka hak-hak kita juga akan hilang. Mahukah kita terus-terusan tertindas, terus terpinggir di Tanah sendiri ? Pembentukkan Malaysia hasil satu-padu rakyatnya, yang majoriti kaum Melayu. namun, tidak mustahil, keamanan Malaysia juga akan dinodai sendiri dgn tgn anak bangsanya MELAYU. Apa pun, BERSIH 3.0 telah berlalu, dan memang memberikan kesan yang perit di hati semua pihak. Bahkan keadaan mulai bertambah buruk menjelang PRU 13. Terserahlah kepada diri masing2 untuk menilai siapa benar siapa yg salah. *aku bercakap dari pandangan aku sebagai MAHASISWA MELAYU, tiada kaitan dengan mana2 parti*

21/04/2012

dilanda kesibukan

dah lama jugakkan tak update.. bukan tak de idea. macam selalu la, tengah makan, tengah jalan. tengah tengok budak-budak main tarik upih pinang ( ade ke upih pinang tengah2 KL ni ), mula la idea mencurah-curah. tapi apakan daya, idea yang mencurah-curah terpaksa memberi laluan kepada asgmnt yang juga memerlukan curahan , tumpahan dan segalanya yang lebih saksama dan laksamana. fuh.. penat bermadah guna bahasa arini. ok, back to the topic. agak sebuk, bukan agak. memang sangat sibuk. nak masuk minggu ke 10. kena siapkan tesis dan asgmnt. wheeeellllllllllllllll... ta sabar. last semester.. macam ta caya. caya tak caya kena jugak wat keja.. haha~ Ok will update later if i have a time.~ sorry ~ *SARAPAN PAGI ARINI DI BLOG SAIA* hakhak = bukti saia sangat bz.. pakaian sebegini membuatkan orang ramai tertanya, saia da buang tabiat kah ? SIMPLE ? not me ok. selalu msti nak pakai over dari org lain, tapi sekarang masa itu berlian, harta pusaka, berharga, jadi jimat masa, pakai ja cmni. pakai spek lagi cepat dai pakai lens ... muka pun ta leh senyum sebab tension.. haha

12/04/2012

kerana aku insan biasa




ALLAH tak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya .

aku di uji kerana DIA sayangkan aku .

aku di uji kerana DIA rindu mendengar aku mengadu kepadanya .

aku di uji kerana DIA mahu aku menjadi insan yang tabah dalam hidup.


aku melangkah , aku berdiri hari ini kerna semua ujian yang dia turunkan kepada aku.

aku mohon YA ALLAH


terus kuatkan aku untuk hadapi ujian-ujianMU

terus kuatkan aku
jangan biarkan aku mengeluh atau berputus asa.

kerana kadang kala aku juga tidak lari dari mempersoalkan kenapa KAU uji aku dengan dugaan begini ..

tapi aku sedar, aku di uji kerana aku sering lalai mengingatkan MU..



* YA ALLAH, AMPUNKAN DOSAKU , KUATKAN AKU YA ALLAH *

03/04/2012

Takkan ada satu pun keindahan dalam dunia ni dapat menandingi sayang dan perasaan saya pada awak. Walaupun dugaan datang bertimpa-timpa, saya akan tetap mencuba bertahan. Selagi ALLAH kuatkan saya, selagi ALLAh tak tarik balik semua cinta yang dya berikan kepada saya. Saya akan bertahan.


Ketahuilah, saya tak sanggup melihat awak disakiti hatta sekecil zarah sekalipun. Saya tak sanggup melihat awak sakit. Awak tahu, tidur malam saya tak lena, saya hilang selera makan, sebab saya risaukan keadaan awak. Kalau boleh, saya nk ada di samping awak, nak jaga awak 24 jam. Tapi, saya juga tak nak hati saya terus terasa bila awak langsung tak pandang saya, bahkan langsung tak pedulikan saya. Awak, awak lupa ke selama ni saya yang selalu ada disamping awak. Awak sakit, awak susah, awak senang. Seinci pun saya tak penah berganjak dari sisi awak. Melihat awak begini jatuh air mata saya.


Awak, tolong la cakap pada dya. Berhenti memaksa saya jauhkan diri dari awak. Awak nyawa saya. Awak nadi saya. Awak semangat saya. Dya ta penah berada di tempat saya, tak penah merasa apa saya rasa. 6 tahun saya pertahankan semua ini, mudahnya dya datang dan minta saya jangan ganggu awak. Saya akan pergi, jika sudah memang di takdirkan saya bukan tulang rusuk awak. Tapi pada masa itu, awak jangan lagi cari saya, jangan lagi minta saya kembali. Awak jangan risau, saya maafkan awak walaupun macam2 yg dah awak buat kat saya. Cinta tu memang membutakan mata saya. Saya terima suma baik buruk awak sebab saya harap awak juga dapat terima semua ketidak sempurnaan saya.


Saya sanggup hilang apa pun, sekalipun nyawa saya asalkan saya lihat awak tersenyum gembira. Saya tak kisah semua tu walaupun harga kegembiraan awak terpaksa saya bayar dgn air mata. Awak tahu, tak ada yang lebih menggembirakan saya melainkan melihat awak bahagia.


Kalau la awak tahu, betapa sayangnya saya pada awak. Tapi awak takkan tahu.
Andainya awak jodoh saya, saya hanya mampu berdoa supaya ALLAH dekatkan hati awak dgn hati saya. Tapi andainya awak bukan untuk saya, saya doakan awak selalu bahagia.
Semoga awak boleh jumpa orang yang dapat membahagiakan awak lebih dari saya~ yang boleh tahan dengan peragai awak, yang leh jaga awak.
*awak, saya doa awak sihat seperti selalu. Saya tak sanggup tengok awak macam ni*
SAYA SAYANGKAN AWAK ( lebih dari yg awak tahu dan awak sedar )


- MUHAMMAD SHAZWAN RAMLI

23/03/2012

Cara-cara Nak Mengelat

hye... assalamualaikum :)



mengelat ? apa tuh ? mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , er, tak jumpa lak mngelat tuh apa. mengelat tu dalam erti kata lain mengelak la. mengelak menurut Kamus Dewan edisi Keempat mengejar , memburu , menghabat . tapi dalam entry ni,mengelak ataupun mengelak lebih kurang melarikan diri.

*sesuai digunakan untuk orang yang pemalas*


contoh ayat = dia suka mengelat dari membuat keja rumah

p/s - jgn guna ayat ini dalam karangan atau esei jika anda nak dapat A.


ini bukan kelas tatabahasa ya , tapi hari ini cikgu ( cikgu la sgt ) nk ajar cara-cara nak mengelat . antara alasan yang boleh digunakan


situasi ketika makan

1. " eh, sakit perut pulak. asal makan ja sakit perut. aku pegi toilet dulu ek "


2. " korang habiskan la suma makanan ni ek. aku da kenyang la. aku blah dulu la. tak boleh tengok makanan ni dah. mual tekak rasa "

*alasan si pompuan tamau kemas dan basuh pinggan, dan alasan si lelaki tanak bayar harga makanan.


3. " aku kongsi dengan ko je la. kenyang lagi ni "

*alasan si pokai ketika makan di warung*


4. " makan sama pinggan boleh tak"

*alasan anak dara yang malas basuh pinggan*


5. " aku da siap makan dah.aku nk g sambung buat asgmnt yang banyak tu "
*sambil bercakap dan angkat pinggan dan tak kaleh2 dah*







cara ini sesuai digunakan ketika anda sedang makan bersama-sama dengan kawan-kawan sahaja. terutamanya jika anda duduk di rumah sewa, dan sesuai dilakukan ketika makan, kerana dengan cara ini, anda tak perlu basuh pinggan dan mengemas. tapi AWAS , jangan amalkan selalu kalau tidak ada pinggan melayang atas kepala.



AMARAN !

anda dilarang mempraktikkan ayat-ayat di atas ketika

1. Makan di rumah sendiri ( dengan mak sendiri ) kerana anda pasti akan di sekeh kepala dan di leteri tanpa henti.

2. makan di rumah bakal mak mentua kerana anda pasti akan direject mentah-mentah oleh si ibu yang tak hinginkan menantu pemalas.

3. ketika kawan-kawan anda bad mood. kesannya sangat dasyat.



p/s : lebih baik jgn tiru langsung . amalkan nilai murni dalam hidup kita . si anak dara jangan nak malas-malas sangat.


~THIS IS ORIGINAL ENTRY~

19/03/2012

tudung itu fesyen ?

hye.. assalamualaikum



bertudung sekadar fesyen ? tuh la yg selalu kita dengar sekarang.. kalau nampak ja pmpuan2 yang free hair orang pun mula buat spekulasi.

mula la dengar cakap2 belakang

" eleh, pakai tudung sebab ikut trend ja budak tu , tgk la,ta lamalagi msesti bukak "

betul kan...


tapi yg jadi persoalan, apa hak kita sebagai manusia ? tahukah kita apa niat sebenar dia memakai tudung.ikut trend atau memang cuba nak berubah ke arah yang lebih baik ?

kadang-kadang manusia ni melihat sesuatu dan dgn mudah buat kesimpulan.. macam mana lau benda tuh jadi fitnah ?dah tak pasal2 dapat pulak dosa kering kan...


bagi aku tak salah jika orang yang asal free hair mula bertudung. walaupun sekejap2 tapi satu hari nanti bila dah terbiasa dia sendiri akan pakai tanpa paksaan. kadang-kadang daripada permulaan macam tu la yang buatkan pintu hati diorang terbuka.. bukan hidayah ya .. hidayah ni memang dah lama diturunkan kepada manusia tapi bergantung pada individu nak terima atau tidak..


jadi sepatutnya tak ada la kata-kata yang cakap , sekejap pakai tudung sekejap tak. sekurang-kurangnya orang macam tu ada keinginan juga nak berubah...





*moral dont judge the people if you really dont know about them*

+dari pengalaman hidup yang asalnya tidak bertudung dan kini cuba untuk berubah ke arah kebaikan.+

memang yang bertudung belum tentu baik perangainya tetapi dari pandangan pertama ,

tentunya anggapan yang bertudung itu baik perangainya









kan lagi manis mcam ni

12/03/2012

6 years

13.03.2012



asa macam baru smlm aku taip entry pada tarikh nih..


and rasanya jugak baru semalam aku melalui 13.03.2006.. tak sedar dah 6 taun. dari seorang gadis beruniform sekolah pada taun tuh, sekarang dah jadi mahasiswi tahun akhir. cepat kan masa berlalu.


langit tak selalunya cerah, panas tak sampai ke petang...

itulah realiti hidup kita. kadang-kadang tertawa dan adakala berduka lara.

*ok sudah2 merepek an berjiwang*


herm.. ada apa dengan tarikh arini.. spesel apa ? bagi orang lain mungkin tak ada apa makna tapi bagi aku ya.

besday aku ka rini ? tak la..bapa kali nk sambut besday dalam setaun.. takkan dah kuar bulan 2 mak aku buh balik lam perut dya pastu wat kuar balik aku masa bulan 3. apa jadah..
lau boleh cmatu aku pilih tarikh merdeka..31 ogos. leh pemes sekali.. haha



sebenarnya, nih tarikh aku kapel ngn pkwe aku.. cmna cita leh kenal, bercinta,, suma ada kat


biasa la.. bila dah lama2.. suma dah tak indah macam dulu...


putus ?


nope .... kitorang belum putus lagi, cuma ada masalah.. masalah yang biarlah cuma antara aku ,dia dan allah yang tahu..


kalau semua masalah ini berpunca dari diri aku, aku akan cuba berubah, perbetul keadaan. tapi andainya masalah ini tercetus dari dya, aku maafkan dya, aku doakan dya berubah dan nampak kesungguhan aku pada dya.



ke 7 ke 8 dan seterusnya ... mungkin .. kalau ada jodoh


jika dah ditetapkan dia jodoh aku, larilah sejauh mana pun, datanglah sekuat mana pun dugaan, past bersatu..

andai kata dya bukan tertulis untuk aku, sesetia mana pun aku,sekuat mana pun aku bertahan, pasti terpisah.

jodoh rahsia ALLAH.. sampai masa akan tau jugak..



*masih berharap keadaan akan kembali seperti sediakala*



+ MUHAMMAD SHAZWAN RAMLI +

10/03/2012

hye encik blog !

assalamualaikum....



da lama jgak tak hapdate blog ni kan kan.. orang lain hapdate 459000 kali sejam, aku hapdate seminggu sekali pown susah kan..

agak sebuk kedepanan ni.. eh, kebelakangan ( apa jadah bahasa budak pengajian Melayu ni ). biasa la, final year.. asgmnant, kelas, homework tiap2 ari mcam budak sekolah sampai aku konpius.. aku ni budak first year ker final year.. sudah la sem ni 18 jam kerdit.. orang lain 12 , 15 jer.. aku ja pulun hampeh..


STRESSSSSSSS.....

tuh belum masuk lagi latihan ilmiah.. dah masuk minggu ke 5.. aku belum g jumpa penyelia lagi. masak la nak kena gulai dgn dia nanti.. nak nyawa pown ta sempat dah lani.. pegi kelas balik kelas.. letih tidow.. bangun bukak fb bergosip2 bagai.. hamapr toto tidur..



cer cita time bila pulak nak siapkan latihan ilmiah tuh.. sungguh tak berilmiah.. camni ada hati nak wat master.. gilerrr arr.. bawu degree dah malas tahap cipan..


sampai satu time asa nak col ja mak dan cakap

"mak, chek malaih nak ngaji la. kawen boleh dak "


tapi kompom lak pastu mak aku kata gatai merela.. marka pown xcukup duit nak kawen cmna...


*ada marka ka aku ni. asa cam single but not availible ja ni*


disebabkan aku tak dak duit dan tak dak marka, aku ambk keputusan..
nak sambung menaip latihan ilmiah aku supaya cepat siap.. produktif dan inovatif .. moto baru aku tuh ( bukan motosikal )



hai buku-buku, hai asgmnt yang hensom2 , hai latihan ilmiah ku sayang ,lets go bebeh...




= will update back soon.... tapi tatau lagi bila=

26/02/2012

makan makan tapi tak gemuk..

hyeppp


dgn penuh kemalasan.. entry ni ditaip jugak.. dah lewat 2 hari xkan nak bagi lewat seminggu kowt... jadi,dengan berat hati.. ringankan jugak tangan taip entry ni..


kisahnya begini...


disatu hari yang indah, ada burung kicau2 angin bertiup sepoi2 bahasa...

lalu tersenyih2 la aku g mencucuk duit ptptn yg baru masuk tuh.. cucuk ngn penuh kasih syg sbb ni duit pt kali terakhir sbb dah sem last...




selepas mencucuk berjalan2 la plak perabih2 duit tuh.g la masjid jamek ( syurga mbeli dan belah ) tanpa menghiraukan hujan yag trun .. ( asal aku wt ayt cmni )


ok.. kita pergi kepada bab utama hari ini lepas pendahuluan yang panjang dan tidak menepati tema langsung.. cerita ni nk cita pada waktu malam tuh ( jumaat yg lalu ), di mana aku dengan jayanya p mence orang .. ceme ? makan free la..


destinasi pilihan KL festival City at setapak... 1st time la jejak kaki p mana.. mana penah g lagi ( aku xdk life dok sni.. haha )


kedai pilihan AYam PENYEK











*semakin malas nk menyegak*










jadi cmni bila dah hbis






air bandung ja.. sebab makan mknan jawa, air pn dari indon jugk la.. ( bandung )






nasi ni npk ja sikit tapi kenyang gk ooo












lagi.. dah kenyang senyih laaaa






muka pas kenyang perabih suma











muka bangga dapat makan













jeng-jeng.. orang yang tlg belanja makan.. tapi yg baju merah tuh ja.. yg sebelah tuh pn tlg makan ja... haha







lepas makan smpy separuh pengsan tuh.. g la jalan2 di uptown danau kota.. first time aku g.. rambang mata. suma murah2... dan aku tergoda.. tershopping di situ ... lalalalala



ok.. tgn kejang.. da tak larat nk taipp.... next time update lagi ok



*terima kasih belanja saya makan*


TERIMA KASIH DAUN KELADI, LEN KALI LEH BELANJA MAKAN LAGI

21/02/2012

suprise party...

hyeppp


terharu terharu


sob sob...


tak sangka ada jugak owg nk wt suprise sambut besday aku yang ke 23...

besday aku 18 hb aritu, tp diorg smbut semalam...



sapa ?



coursemate merangkap housemate la...


biarpun sambut simple2 ja.. xpa la...



jahat.. tak bagitau...

mula2 depa kata blik lambat da hal la.. upanya g beli kek..



tetiba muncul ja..




huhu.. apa2 pn mekasih banyak2 la.......... Ok... saya hargai apa yg awop2 wat tuh..





*gambaq2 yg sempat diambik.. gmbaq aku ptong kek xdk .. haha





19/02/2012

kena berubah !

hyep...




arini 20 februari.. aku dh masuk 23 tahun 2 hari..



arini 1st class, tai dh minggu kedua sem 6.. aku yang ponteng seminggu.. kira arini baru masuk kelas.. ahak


umo dah makin meningkat tapi peragai.. ish2.. sama jugak cm dulu...



ok , mula dari awal pagi sem 6...


arini kelas paling awal kol 9.. sok kol 6.50 pg da kena bgn solat subuh pastu terus siap2 nak g kelas...


mula dari pagi buta....

dah la bedak aku ttggal kt SP LAGI.. lagi ya.. sem lepas cmni gk.. konpius aku.. gila mekap cm aku leh lupa bedak .. ish3... dah 2 pakai ja la ala kadar nk tunggu ptptn masuk beli baru,


dah la muka pn siap ala kadar.. pakai selendang konon2 stail diana amir, nk kuardari umh tetiba pin jatuh. cmna ntah leh rosak... last2 aku pakai ja serabut2 dah lambat..


masa tunggu bus nak g akademi, ttba mek za tegor, kasut aku lekang.. huarghhhh....
aritu ms g pntai bersih ok ja. ni mesti over sgt men lompat2 ari2... hambik kau...
lau nak putus pn ptus la ms nak blik.. ni dah dengan hujan.. terpaksa jalan cover2..

pastu tersedar pulak...


PURSE !

tak bawak jugak... arghhh.... duit dah suma lam tu.. huhu.....


nasib kelas pagi ni 1 ja.. lam kol 10 habis dah...

pastu kena la g HEP ambik kad bus BARU untk sem ni lak...



masa tuh lak.. ralit sembang bla blabla ngan ati lam bus.. sampy HEP sedar....

KAD MATRIK !


tak dak lam beg.. huargwhhh.. mana ni.. kang kena ganti mahai.. dah ler last sem dah..

sob sob ....

atas belas ehsan mek za dan mek kah, pstu p cari gam kasut dlu pastu g la tunggu bus pagi tadi balik...


naseb baik la kad matrik tuh ada lagi.. fuhhh...



permulaan semester 6 yang penuh dengan masalah.. ibarat kata pepatah aku , dah jatuh longkang basah lak tu




*malu terhadap diri sendiri*

17/02/2012

im already 23

18 february

hari ni da genap 23... herm, masih cmni, macam dulu... ada yang berubah..... dpat hadiah yg special awal2 lagi... hdiah yg xmngkin sapa2 lau dapat nk igt dya..


thanks 4 everthing..thanks 4 hurting my heart again after 6 years...


sabar ada tahap.. mungkin ni jalan terbaik.. terlalu banyak peluang yang saya bagi kt awak.. tapi knapa still berulang lagi.. cukup la...

kalau tak suka lepaskan..

lepaskan cara elok macam awak ambik saya dulu


apa yang berlaku biar saya awak dan allah saja yang tau.. tak perlu mereka cerita yang buruk tentang saya.. sebagai mana saya tak penah brukkan awak...




bahagia saya bila awak gembira... biarkan saya menitiskan air mata....





ITS ALREADY ENDS

no more wanah....


moga awak bhgia dengan melukakan hati saya..

hadiah harijadi yang sgt istimewa untk saya...

moga allah kuatkan saya...

29/01/2012

Dugaan bukan melemahkan tapi membangkitkan.

Dalam hidup kita akan selalu diuji, akan selalu menerima dugaan.dan kadang-kadang kita berputus asa dan bertanya kenapa kita yang diuji oleh ALLAH sedangkan kita tidak mampu mengalas ujian tersebut. Namun, pernahkah kita terfikir ALLAH tidak akan menguju lebih dari kemampuan hambanya. Dia tidak akan memberikan ujian jika kita tidak mampu menghadapinya.



Setiap yang terjadi ada hikmah. Ujian dan dugaan itu menguatkan kita untuk menghadapi segala kemungkinan.. ujian menjadikan kita insan yang tabah dalam menghadapi onak kehidupan. Mungkin adakalanya ujian yang kita hadapi lebih hebat dari orang lain, kita tertanya mengapa kita yang dipilih. Tapi sedarkah kita, kita dipilih kerana kita insan hebat yang mana ALLAh tahu kita mampu hadapinya.
Biarpun perit, biarpun sakit. Teruskanlah melangkah. bangunlah apabila kau rebah. Kerana satu hari nanti kesakitan itu yang akan menjadi sumber kekuatan untuk kita menghadapi kehidupan.



Sabalik kepahitan pasti sudah dijanjikan kemanisan oleh ALLAH SWT. Setiapyang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Senyumlah walaupun pahit, senyumlah walaupun disaat kau ingin menitiskan air mata. Senyumlah walaupun hati kau sakit. Hadapi semua dengan senyum biarpun susah di telan.





*senyumlah walaupun ketika itu kau merasa ingin menangis dan menangislah jika kau sudah tak mampu menahan segala gelora *

25/01/2012

*entry yg dah lama di taip tapi baru di Update




Hye semua...
Assalamualaikum..
Happy chinese new year.. eh, tak raya eh.. ok, selamat hari isnin dan selamat hari makan kenduri.
Cuti2 ramai saja yang jemput kenduri nuh.. apa lagi... makan free.. kena la p kan kan..... haha.. rugi Ooooo...

Pastu makan banyak2.. mula la peyot tatit.. padan muka.. makan sampai xhengat dunia...

Arini kat kg banyak kenduri tapi x g .. yang dekat xg.. yang jauh2 nak g sgt..

Arini juga, adik member aku bertunang.. kira member aku jgk la adik dya pn.. akak dya dh jadik bini org dekat setaun dah.. adik dya lak..





Ni la dia... comel kan kan









Ni la kami yang jadi penyeri majlis...






asal g kenduri kawin org tnya “ ha , bila lagi ?” jawapan paling selamat cover line , “ mengaji tak habis lagi , biaq la habis ngaji lagi “. Lani tinggai satu sem ja lagi.. alasan apa lagi yang aku patut guna ni ...
Antara alasan yang aku asa aku nak guna






- Duit xcukup lagi la.... nak wat grand2.. kawin sekali ja ni
- Erk, nak beli keta besar dulu
- Nak tunggu cantik.. t lau jadik pgntin mst nampak lagi cantikkan.
- Nak tunggu kawan2 suma kawin dulu.. bagi laluan dulu kat diorg.. anak diorang
leh jadik flower girl aku nanti.
- Tunggu anak raja pinang *paling tak munasabah*
- Yang BUKAN alasan tapi REALITI
+ calon tatau dok kat celah mana lagi ni.. calon xdak , duit ada xleh kawin jugak..







Pas p menyeri majlis tunang orang p taman kempas sat, kenduri...
Sebenarnya orang yang panggil kenduri tuh pn aku kenai lam fb ja.. mber kpd mber aku.. tapi dya beria suwoh p.. aku p jgk la.. gmbaq... tak ambik la.. MALUUU.. hikhik.. dya ja yang ambik gambaq aku....






Ok.. takat ni saja riniiiiiiiiii.. daaaaaa

17/01/2012

azam sekadar angan-angan

Assalamualaikum.. selamat hari rabu..makan nasik kerabu di pekan rabu
*apa jadah ni*







Malas malas malas

Hari tuh sebelum balik cuti, sebelum menduduki kertas-kertas yang dipenuhi dengan soklan yang memerlukan jawapan, aku dah berazam, sepenuh hati, setulus jiwa dan raga...

“ cuti nih nak hapdate belog tiap2 ari”
Bercakap smbil kmbang kempis hidung depan housemate suma.
Tapi alih2.. status di fb yang dihapdate...

Bukan xmau hapdate belog. Tapi line kat umh mcm snail yg msuk acara jalan kaki 80tapak gayanya.
Tambahan pula, beruk belaan dikongsi bersama kak pupu yg gila on9 sekarang ni.. jadi, nk hapdate time siang semasa beliau kerja ja.. malam2 ngn kejamnya beliau meniarap di lantai smbil berchatting...
Huk huk hukkk




OK. Dh ckupkan syarat utk hapdate arini....




Insyllah esk lau ada masa ada rajin,, hapdate lagi ok..

daaaaa

15/01/2012

kek pisang rupa ke laut rasa menjilat jari..

*wiwit,,,,,, 1st trial wat kek pisang n alhmdllah jadi.... selamat aku,, lau tak kena sekeh pala sebab slu wat kek naik pastu trun balik.. haha





resepi kek pisang


2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.






* ni la hasilnya *




cuti datang lagi,,,

Hyep hyep hyep....

Guess where i am...
At home.. hihi...cuti sem dah start..


so ari ari jumaat pagi tuh ada naik bus balik ke SP...

aktiviti yang di aturkan sepanjang masa cuti


• Makan
• Tidur
• Makan lagi
• Tidur lagi
• Kuar jalan2 perabih duit
• Tidur lagi dan lagi dan lagi

*harap2 xgemok la aku cuti sebulan ni*

11/01/2012

AKU TAK BERDAYA

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah…

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah….

Jika dia tidak berjodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…

Kalau dia bukan jodohku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku…

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
biarkan dia tidak berjodoh sama seperti
diriku…

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku….

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan
kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku …



* copy paste from somewhere*





berakhirnya semester 5.

alhamdullillah.. exam untuk sem ni dah selesai.. harap2 dapat dean list balik sem ni. sem lepas terkurang 0.02 ja nk ke 3.7. moga sem ni lebih elok la walaupun paper suma tak berjalan lancar...


exam habis ?

part paling best balik cuti,,,

tapi ada satu yang kurang.. lau ada dya balik mesti seronok...


* enjoy holiday *


penat jawab exam tak larat taip entry

04/01/2012

aku seorang pelajar ..

Melewati kesunyian malam
Ditemani cahaya bulan
Yang kedengaran hanyalah unggas dan cengkerik..

Tatkala saat itu,
Manusia lain dibuai mimpi indah
Mewarnai hidup dengan gelak tawa dan senyum mesra.

Dia,
Terus menongkat mata, memaksa bertahan
Menelaah naskah huruf yang dalamnya terisi ilmu pengetahuan
Mahu atau tidak
Mata kecil terus mencari segaris ilmu baru.
Inilah PENGORBANAN.

Keterpaksaan atau rela,
Itu perlu
Demi menggapai sebuah harapan dan impian
Menggenggam segulung ijazah dunia,
Untuk jaminan hari muka.












* lukisan huduh macam tuan dia *






+ all this original idea from me ok +

mood : stress ..

stress...



sebab tuh buang masa update blog.. sedaya upaya cuba wat2 lupa yg ada fb sebab tamau bkk. lagho ja.. kang bkn bnda tuh xbuat apa2 keja dah....



ok , waiting for 3 paper next week.. berturut-turut.. TEKANAN ! sebab apa jadah yang aku belajar pn tatau... prof asyk tak masuk.. dah subjek susah.. grrrrrr




* 0k.. sambung p baca buku *

01/01/2012

starting of 2012







permulaan 2012.. agak sibuk , bukan agak.. memang sibuk.. ada final exam...

wish me a luck... and gud luck untuk kawan2 yang ambik exam..




* will update after the exam finish *