Followers

23/03/2012

Cara-cara Nak Mengelat

hye... assalamualaikum :)



mengelat ? apa tuh ? mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , er, tak jumpa lak mngelat tuh apa. mengelat tu dalam erti kata lain mengelak la. mengelak menurut Kamus Dewan edisi Keempat mengejar , memburu , menghabat . tapi dalam entry ni,mengelak ataupun mengelak lebih kurang melarikan diri.

*sesuai digunakan untuk orang yang pemalas*


contoh ayat = dia suka mengelat dari membuat keja rumah

p/s - jgn guna ayat ini dalam karangan atau esei jika anda nak dapat A.


ini bukan kelas tatabahasa ya , tapi hari ini cikgu ( cikgu la sgt ) nk ajar cara-cara nak mengelat . antara alasan yang boleh digunakan


situasi ketika makan

1. " eh, sakit perut pulak. asal makan ja sakit perut. aku pegi toilet dulu ek "


2. " korang habiskan la suma makanan ni ek. aku da kenyang la. aku blah dulu la. tak boleh tengok makanan ni dah. mual tekak rasa "

*alasan si pompuan tamau kemas dan basuh pinggan, dan alasan si lelaki tanak bayar harga makanan.


3. " aku kongsi dengan ko je la. kenyang lagi ni "

*alasan si pokai ketika makan di warung*


4. " makan sama pinggan boleh tak"

*alasan anak dara yang malas basuh pinggan*


5. " aku da siap makan dah.aku nk g sambung buat asgmnt yang banyak tu "
*sambil bercakap dan angkat pinggan dan tak kaleh2 dah*







cara ini sesuai digunakan ketika anda sedang makan bersama-sama dengan kawan-kawan sahaja. terutamanya jika anda duduk di rumah sewa, dan sesuai dilakukan ketika makan, kerana dengan cara ini, anda tak perlu basuh pinggan dan mengemas. tapi AWAS , jangan amalkan selalu kalau tidak ada pinggan melayang atas kepala.



AMARAN !

anda dilarang mempraktikkan ayat-ayat di atas ketika

1. Makan di rumah sendiri ( dengan mak sendiri ) kerana anda pasti akan di sekeh kepala dan di leteri tanpa henti.

2. makan di rumah bakal mak mentua kerana anda pasti akan direject mentah-mentah oleh si ibu yang tak hinginkan menantu pemalas.

3. ketika kawan-kawan anda bad mood. kesannya sangat dasyat.



p/s : lebih baik jgn tiru langsung . amalkan nilai murni dalam hidup kita . si anak dara jangan nak malas-malas sangat.


~THIS IS ORIGINAL ENTRY~

19/03/2012

tudung itu fesyen ?

hye.. assalamualaikum



bertudung sekadar fesyen ? tuh la yg selalu kita dengar sekarang.. kalau nampak ja pmpuan2 yang free hair orang pun mula buat spekulasi.

mula la dengar cakap2 belakang

" eleh, pakai tudung sebab ikut trend ja budak tu , tgk la,ta lamalagi msesti bukak "

betul kan...


tapi yg jadi persoalan, apa hak kita sebagai manusia ? tahukah kita apa niat sebenar dia memakai tudung.ikut trend atau memang cuba nak berubah ke arah yang lebih baik ?

kadang-kadang manusia ni melihat sesuatu dan dgn mudah buat kesimpulan.. macam mana lau benda tuh jadi fitnah ?dah tak pasal2 dapat pulak dosa kering kan...


bagi aku tak salah jika orang yang asal free hair mula bertudung. walaupun sekejap2 tapi satu hari nanti bila dah terbiasa dia sendiri akan pakai tanpa paksaan. kadang-kadang daripada permulaan macam tu la yang buatkan pintu hati diorang terbuka.. bukan hidayah ya .. hidayah ni memang dah lama diturunkan kepada manusia tapi bergantung pada individu nak terima atau tidak..


jadi sepatutnya tak ada la kata-kata yang cakap , sekejap pakai tudung sekejap tak. sekurang-kurangnya orang macam tu ada keinginan juga nak berubah...





*moral dont judge the people if you really dont know about them*

+dari pengalaman hidup yang asalnya tidak bertudung dan kini cuba untuk berubah ke arah kebaikan.+

memang yang bertudung belum tentu baik perangainya tetapi dari pandangan pertama ,

tentunya anggapan yang bertudung itu baik perangainya









kan lagi manis mcam ni

12/03/2012

6 years

13.03.2012



asa macam baru smlm aku taip entry pada tarikh nih..


and rasanya jugak baru semalam aku melalui 13.03.2006.. tak sedar dah 6 taun. dari seorang gadis beruniform sekolah pada taun tuh, sekarang dah jadi mahasiswi tahun akhir. cepat kan masa berlalu.


langit tak selalunya cerah, panas tak sampai ke petang...

itulah realiti hidup kita. kadang-kadang tertawa dan adakala berduka lara.

*ok sudah2 merepek an berjiwang*


herm.. ada apa dengan tarikh arini.. spesel apa ? bagi orang lain mungkin tak ada apa makna tapi bagi aku ya.

besday aku ka rini ? tak la..bapa kali nk sambut besday dalam setaun.. takkan dah kuar bulan 2 mak aku buh balik lam perut dya pastu wat kuar balik aku masa bulan 3. apa jadah..
lau boleh cmatu aku pilih tarikh merdeka..31 ogos. leh pemes sekali.. haha



sebenarnya, nih tarikh aku kapel ngn pkwe aku.. cmna cita leh kenal, bercinta,, suma ada kat


biasa la.. bila dah lama2.. suma dah tak indah macam dulu...


putus ?


nope .... kitorang belum putus lagi, cuma ada masalah.. masalah yang biarlah cuma antara aku ,dia dan allah yang tahu..


kalau semua masalah ini berpunca dari diri aku, aku akan cuba berubah, perbetul keadaan. tapi andainya masalah ini tercetus dari dya, aku maafkan dya, aku doakan dya berubah dan nampak kesungguhan aku pada dya.



ke 7 ke 8 dan seterusnya ... mungkin .. kalau ada jodoh


jika dah ditetapkan dia jodoh aku, larilah sejauh mana pun, datanglah sekuat mana pun dugaan, past bersatu..

andai kata dya bukan tertulis untuk aku, sesetia mana pun aku,sekuat mana pun aku bertahan, pasti terpisah.

jodoh rahsia ALLAH.. sampai masa akan tau jugak..



*masih berharap keadaan akan kembali seperti sediakala*



+ MUHAMMAD SHAZWAN RAMLI +

10/03/2012

hye encik blog !

assalamualaikum....



da lama jgak tak hapdate blog ni kan kan.. orang lain hapdate 459000 kali sejam, aku hapdate seminggu sekali pown susah kan..

agak sebuk kedepanan ni.. eh, kebelakangan ( apa jadah bahasa budak pengajian Melayu ni ). biasa la, final year.. asgmnant, kelas, homework tiap2 ari mcam budak sekolah sampai aku konpius.. aku ni budak first year ker final year.. sudah la sem ni 18 jam kerdit.. orang lain 12 , 15 jer.. aku ja pulun hampeh..


STRESSSSSSSS.....

tuh belum masuk lagi latihan ilmiah.. dah masuk minggu ke 5.. aku belum g jumpa penyelia lagi. masak la nak kena gulai dgn dia nanti.. nak nyawa pown ta sempat dah lani.. pegi kelas balik kelas.. letih tidow.. bangun bukak fb bergosip2 bagai.. hamapr toto tidur..



cer cita time bila pulak nak siapkan latihan ilmiah tuh.. sungguh tak berilmiah.. camni ada hati nak wat master.. gilerrr arr.. bawu degree dah malas tahap cipan..


sampai satu time asa nak col ja mak dan cakap

"mak, chek malaih nak ngaji la. kawen boleh dak "


tapi kompom lak pastu mak aku kata gatai merela.. marka pown xcukup duit nak kawen cmna...


*ada marka ka aku ni. asa cam single but not availible ja ni*


disebabkan aku tak dak duit dan tak dak marka, aku ambk keputusan..
nak sambung menaip latihan ilmiah aku supaya cepat siap.. produktif dan inovatif .. moto baru aku tuh ( bukan motosikal )



hai buku-buku, hai asgmnt yang hensom2 , hai latihan ilmiah ku sayang ,lets go bebeh...




= will update back soon.... tapi tatau lagi bila=