Followers

28/04/2012

Polilik Melayu Abad Baru

Seperti semua orang tau, semalam 28 april 2012 telah berlangsungnya perhimpunan bersih yang pada gambarannya adalah yg terburuk . aku ni pun bukan pandai sgt bab politik, tapi tersentap dengan apa yg jadi. aku pn xnak sebelahkan sapa2 sebab aku pun tak berada di situ tengok apa yang jadi. satu saja yang aku nak katakan tentang BERSIH . Perpaduan Melayu kian goyang. Melayu bertelagah sesama sendiri hanya kerana perebutan kuasa. subhanallah. sedangkan kaum-kaum lain, India,Cina bersorak menyaksikan kita bergaduh sesama sendiri. EMOSI . itu yang membuatkan kita hilang pedoman. bertindak mengikut hati bukan mengikut akal. Perkara yg sepatutnya boleh diselesaikan menjadi besar dan menjadi isu. Semua pihak saling menunding jari. Agaknya Melayu kita sudah lupa, apa yg kita kecapi pada hari ini adalah hasil kerjasama satu bangsa yang digelar MELAYU, yang seagama ISLAM. Tapi jika dilihat di era baru ini, Melayu kini kian berpecah. Puncanya IDEOLOGI politik yg berbeza. Sedarkah kita,dulunya juga wujud parti yg berbeza-beza tapi masih lagi dapat mentadbir negara dgn aman, dpt berjuang bersama-sama utk menuntut kebebasan. Jika kita terusan begini, tak mustahil kita akan terus dijajah di negara kita sendiri. BERSIH 3.0 adalah salah satu agenda tersembunyi parti-parti lain yg ingin melihatkan Melayu sama Melayunya bertelagah,bertegang urat,sehingga sanggup menumpahkan darah sesama bangsa. Dan apa yg terjadi semalam, sudah membuatkan mereka bersorak gembira. Agenda mereka sudah tercapai. BERSIH 3.0 sedikit sebanyak mengigatkan kita pada peristiwa 13 Mei, bezanya pada masa itu berlaku pergaduhan kaum manakala BERSIH 3.0 memperlihatkan perpecahan Melayu sendiri. BERJUANG ? Ada caranya . Tambahan pula yg rasanya lebih daripada separuh yg berjuang dalam BERSIH 3.0 adalah golongan muda. Mereka yg bergelar MAHASISWA. Seharusnya ada cara lain yg boleh menyelesaikan masalah. MALAYSIA ini tanah Melayu, hak keistimewaan Melayu jelas tercatat dalam perlembagaan. Tapi, jgn pula kita bersenang-lenang memikirkan kita sudah mendapat hak tersebut, hak kita akan hilang seandainya majoriti 2/3 kerusi Parlimen dapat diduduki oleh parti kaum lain, BUKAN PARTI MELAYU. Inilah agenda yang sebenarnya diaturkan oleh DAP. Mempergunakan orang-orang Melayu yang masih lagi cetek pemikiran untuk membantu mereka memegang tampuk pemerintahan negara. Jika tampuk pemerintahan bertukar kpd mereka, maka hak-hak kita juga akan hilang. Mahukah kita terus-terusan tertindas, terus terpinggir di Tanah sendiri ? Pembentukkan Malaysia hasil satu-padu rakyatnya, yang majoriti kaum Melayu. namun, tidak mustahil, keamanan Malaysia juga akan dinodai sendiri dgn tgn anak bangsanya MELAYU. Apa pun, BERSIH 3.0 telah berlalu, dan memang memberikan kesan yang perit di hati semua pihak. Bahkan keadaan mulai bertambah buruk menjelang PRU 13. Terserahlah kepada diri masing2 untuk menilai siapa benar siapa yg salah. *aku bercakap dari pandangan aku sebagai MAHASISWA MELAYU, tiada kaitan dengan mana2 parti*

21/04/2012

dilanda kesibukan

dah lama jugakkan tak update.. bukan tak de idea. macam selalu la, tengah makan, tengah jalan. tengah tengok budak-budak main tarik upih pinang ( ade ke upih pinang tengah2 KL ni ), mula la idea mencurah-curah. tapi apakan daya, idea yang mencurah-curah terpaksa memberi laluan kepada asgmnt yang juga memerlukan curahan , tumpahan dan segalanya yang lebih saksama dan laksamana. fuh.. penat bermadah guna bahasa arini. ok, back to the topic. agak sebuk, bukan agak. memang sangat sibuk. nak masuk minggu ke 10. kena siapkan tesis dan asgmnt. wheeeellllllllllllllll... ta sabar. last semester.. macam ta caya. caya tak caya kena jugak wat keja.. haha~ Ok will update later if i have a time.~ sorry ~ *SARAPAN PAGI ARINI DI BLOG SAIA* hakhak = bukti saia sangat bz.. pakaian sebegini membuatkan orang ramai tertanya, saia da buang tabiat kah ? SIMPLE ? not me ok. selalu msti nak pakai over dari org lain, tapi sekarang masa itu berlian, harta pusaka, berharga, jadi jimat masa, pakai ja cmni. pakai spek lagi cepat dai pakai lens ... muka pun ta leh senyum sebab tension.. haha