31 disember 2011
* ingat tarikh ini sebab kita takkan selak kalendar pangkah tarikh ni lagi *
hari ini hari terakhir untuk 2011.. cuaca pn alhmdllah ok saja.. ramai yang pasang azam dan niat baru untuk tahun baru .. tapi , bila tahun baru hijrah xdak pulak azam bagai, mungkin sebab tahun baru masihi ni orang tembak bunga api kowt.. sebab tuh la depa simpan azam.
gembira dengan kepergian tahun 2011 ?
tak terpikirkah kita, ketika saban tahun kita menukar kalendar, mengoyak lembaran baru saban tahun kita sebenarnya sedang menghitung hari tua. dimana kita juga tidak tahu hidup kita sampai bila..
tanyalah diri,
saban tahun kalendar bertukar adakah kita juga seperti itu, membuka lembaran baru, memperbaiki sebarang kelemahan, mempertingkatkan diri ?
jika tidak, rugilah....
kerna waktu yang berputar takkan berulang kembali....
AZAM ?
setiap tahun akan ada azam baru.. tidak salah, sebab bagi aku orang yang ada azam ada cita-cita, ada hala tuju.. lebih baik dari hidup tak dak matlamat kn..
tercapai atau tak azam belakang kira.. sebab bila dah ada azam kita dah selangkah nak jejak tangga kejayaan.
+ yang terpahit di 2011 simpanlah dalam lipatan memori jadikan pengajaran dan pengalaman ketika kita menempuh waktu2 sukar nanti...
+yang termanis, jadikan semangat meneruskan hari yang mendatang...
moga hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam...
AMIN>>>>
BIARKAN MEMORI 2011 TERSIMPAN SEPERTI TAHUN2 SEBELUMNYA, HADAPI 2012 DENGAN HATI YANG TERBUKA.. PERBAIKI DIRI DAN TINGKATKAN PERIBADI...
WELCOME 2012
No comments:
Post a Comment