Followers

29/01/2012

Dugaan bukan melemahkan tapi membangkitkan.

Dalam hidup kita akan selalu diuji, akan selalu menerima dugaan.dan kadang-kadang kita berputus asa dan bertanya kenapa kita yang diuji oleh ALLAH sedangkan kita tidak mampu mengalas ujian tersebut. Namun, pernahkah kita terfikir ALLAH tidak akan menguju lebih dari kemampuan hambanya. Dia tidak akan memberikan ujian jika kita tidak mampu menghadapinya.



Setiap yang terjadi ada hikmah. Ujian dan dugaan itu menguatkan kita untuk menghadapi segala kemungkinan.. ujian menjadikan kita insan yang tabah dalam menghadapi onak kehidupan. Mungkin adakalanya ujian yang kita hadapi lebih hebat dari orang lain, kita tertanya mengapa kita yang dipilih. Tapi sedarkah kita, kita dipilih kerana kita insan hebat yang mana ALLAh tahu kita mampu hadapinya.
Biarpun perit, biarpun sakit. Teruskanlah melangkah. bangunlah apabila kau rebah. Kerana satu hari nanti kesakitan itu yang akan menjadi sumber kekuatan untuk kita menghadapi kehidupan.



Sabalik kepahitan pasti sudah dijanjikan kemanisan oleh ALLAH SWT. Setiapyang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Senyumlah walaupun pahit, senyumlah walaupun disaat kau ingin menitiskan air mata. Senyumlah walaupun hati kau sakit. Hadapi semua dengan senyum biarpun susah di telan.





*senyumlah walaupun ketika itu kau merasa ingin menangis dan menangislah jika kau sudah tak mampu menahan segala gelora *

No comments:

Post a Comment