Followers

28/06/2012

Saya Rakyat Negara Demokrasi.

assalamualaikum.. salam pagi jumaat.....

tertawa kecil Miss Kecik tatkala membaca pandangan-pandangan penyokong Parti Pembangkang. isu terbaru, mereka mempertikaikan tentang BR1M. BR1M dikatakan merendahkan-rendahkan maruah Melayu dengan iklan-iklan seperti Mak Cik  Peah yang menggunakan wang 500 untuk membuat cermin mata, Pak Cik Mail yang menggunakan wang 500 tersebut untuk membayar tunggakan bil api dan air, dan juga keluarga Pak Cik Tam menggunakan 500 untuk memperbaiki rumah .. ( nama2 bukan nama sebenar ok ).

dimana nampaknya iklan tersebut merendahkankan maruah Melayu ? Mengatakan Melayu mudah di beli dengan wang ringgit . Tanpa iklan tersebut juga sememangnya telah terbukti Melayu mudah kabur dengan wang ringgit. Rasuah yang semakin berleluasa, pecah amanah . Bukankankah kebanyakan dilakukan oleh Melayu yang mengaku menganut agama suci Islam ?

Kita pandang dari sudut positif BR1M. Ianya bertujuan untuk meringankan bebanan rakyat khususnya golongan miskin. Lihat dari sudut positif iklan tersebut. Ianya mungkin menunjukkan manfaat dan faedah BR1M kepada rakyat. Islam juga menggalakkan berbaik sangka sesama manusia. Jadi tidak perlulah mempertikaikan semua benda yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Bahkan jika pembangkang berada di tempat kerajaan sekalipun, pastinya akan melakukan perkara yang sama juga untuk memancing undi dan juga mempertahankan kuasa politik yang sedia ada.

Berhentilah mencari salah orang lain. Cukup-cukuplah mempertikaikan benda-benda yang remeh -temeh. Kalau ada yang tidak puas hati, mungkin boleh terus dipertikaikan kepada pihak berkenaan.


APA PUN NEGARA KITA NEGARA DEMOKRASI, SEMUA ORANG HAK BERSUARA, CUMA JANGANLAH SAMPAI KENYARINGAN SUARA KITA NANTI MEMEKAKKAN TELINGA SENDIRI.


*peace yow*


moh kita layan Mr.Bean lagi best....



                 



p/s : saya bercakap dari sudut pandangan saya. Seorang mahasiswa Akademi Pengajian Melayu ( tempat lahirnya Anuar Ibrahim ) .
Saya penyokong kerajaan. :)

No comments:

Post a Comment