Followers

28/04/2012

Polilik Melayu Abad Baru

Seperti semua orang tau, semalam 28 april 2012 telah berlangsungnya perhimpunan bersih yang pada gambarannya adalah yg terburuk . aku ni pun bukan pandai sgt bab politik, tapi tersentap dengan apa yg jadi. aku pn xnak sebelahkan sapa2 sebab aku pun tak berada di situ tengok apa yang jadi. satu saja yang aku nak katakan tentang BERSIH . Perpaduan Melayu kian goyang. Melayu bertelagah sesama sendiri hanya kerana perebutan kuasa. subhanallah. sedangkan kaum-kaum lain, India,Cina bersorak menyaksikan kita bergaduh sesama sendiri. EMOSI . itu yang membuatkan kita hilang pedoman. bertindak mengikut hati bukan mengikut akal. Perkara yg sepatutnya boleh diselesaikan menjadi besar dan menjadi isu. Semua pihak saling menunding jari. Agaknya Melayu kita sudah lupa, apa yg kita kecapi pada hari ini adalah hasil kerjasama satu bangsa yang digelar MELAYU, yang seagama ISLAM. Tapi jika dilihat di era baru ini, Melayu kini kian berpecah. Puncanya IDEOLOGI politik yg berbeza. Sedarkah kita,dulunya juga wujud parti yg berbeza-beza tapi masih lagi dapat mentadbir negara dgn aman, dpt berjuang bersama-sama utk menuntut kebebasan. Jika kita terusan begini, tak mustahil kita akan terus dijajah di negara kita sendiri. BERSIH 3.0 adalah salah satu agenda tersembunyi parti-parti lain yg ingin melihatkan Melayu sama Melayunya bertelagah,bertegang urat,sehingga sanggup menumpahkan darah sesama bangsa. Dan apa yg terjadi semalam, sudah membuatkan mereka bersorak gembira. Agenda mereka sudah tercapai. BERSIH 3.0 sedikit sebanyak mengigatkan kita pada peristiwa 13 Mei, bezanya pada masa itu berlaku pergaduhan kaum manakala BERSIH 3.0 memperlihatkan perpecahan Melayu sendiri. BERJUANG ? Ada caranya . Tambahan pula yg rasanya lebih daripada separuh yg berjuang dalam BERSIH 3.0 adalah golongan muda. Mereka yg bergelar MAHASISWA. Seharusnya ada cara lain yg boleh menyelesaikan masalah. MALAYSIA ini tanah Melayu, hak keistimewaan Melayu jelas tercatat dalam perlembagaan. Tapi, jgn pula kita bersenang-lenang memikirkan kita sudah mendapat hak tersebut, hak kita akan hilang seandainya majoriti 2/3 kerusi Parlimen dapat diduduki oleh parti kaum lain, BUKAN PARTI MELAYU. Inilah agenda yang sebenarnya diaturkan oleh DAP. Mempergunakan orang-orang Melayu yang masih lagi cetek pemikiran untuk membantu mereka memegang tampuk pemerintahan negara. Jika tampuk pemerintahan bertukar kpd mereka, maka hak-hak kita juga akan hilang. Mahukah kita terus-terusan tertindas, terus terpinggir di Tanah sendiri ? Pembentukkan Malaysia hasil satu-padu rakyatnya, yang majoriti kaum Melayu. namun, tidak mustahil, keamanan Malaysia juga akan dinodai sendiri dgn tgn anak bangsanya MELAYU. Apa pun, BERSIH 3.0 telah berlalu, dan memang memberikan kesan yang perit di hati semua pihak. Bahkan keadaan mulai bertambah buruk menjelang PRU 13. Terserahlah kepada diri masing2 untuk menilai siapa benar siapa yg salah. *aku bercakap dari pandangan aku sebagai MAHASISWA MELAYU, tiada kaitan dengan mana2 parti*

21/04/2012

dilanda kesibukan

dah lama jugakkan tak update.. bukan tak de idea. macam selalu la, tengah makan, tengah jalan. tengah tengok budak-budak main tarik upih pinang ( ade ke upih pinang tengah2 KL ni ), mula la idea mencurah-curah. tapi apakan daya, idea yang mencurah-curah terpaksa memberi laluan kepada asgmnt yang juga memerlukan curahan , tumpahan dan segalanya yang lebih saksama dan laksamana. fuh.. penat bermadah guna bahasa arini. ok, back to the topic. agak sebuk, bukan agak. memang sangat sibuk. nak masuk minggu ke 10. kena siapkan tesis dan asgmnt. wheeeellllllllllllllll... ta sabar. last semester.. macam ta caya. caya tak caya kena jugak wat keja.. haha~ Ok will update later if i have a time.~ sorry ~ *SARAPAN PAGI ARINI DI BLOG SAIA* hakhak = bukti saia sangat bz.. pakaian sebegini membuatkan orang ramai tertanya, saia da buang tabiat kah ? SIMPLE ? not me ok. selalu msti nak pakai over dari org lain, tapi sekarang masa itu berlian, harta pusaka, berharga, jadi jimat masa, pakai ja cmni. pakai spek lagi cepat dai pakai lens ... muka pun ta leh senyum sebab tension.. haha

12/04/2012

kerana aku insan biasa




ALLAH tak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya .

aku di uji kerana DIA sayangkan aku .

aku di uji kerana DIA rindu mendengar aku mengadu kepadanya .

aku di uji kerana DIA mahu aku menjadi insan yang tabah dalam hidup.


aku melangkah , aku berdiri hari ini kerna semua ujian yang dia turunkan kepada aku.

aku mohon YA ALLAH


terus kuatkan aku untuk hadapi ujian-ujianMU

terus kuatkan aku
jangan biarkan aku mengeluh atau berputus asa.

kerana kadang kala aku juga tidak lari dari mempersoalkan kenapa KAU uji aku dengan dugaan begini ..

tapi aku sedar, aku di uji kerana aku sering lalai mengingatkan MU..



* YA ALLAH, AMPUNKAN DOSAKU , KUATKAN AKU YA ALLAH *

03/04/2012

Takkan ada satu pun keindahan dalam dunia ni dapat menandingi sayang dan perasaan saya pada awak. Walaupun dugaan datang bertimpa-timpa, saya akan tetap mencuba bertahan. Selagi ALLAH kuatkan saya, selagi ALLAh tak tarik balik semua cinta yang dya berikan kepada saya. Saya akan bertahan.


Ketahuilah, saya tak sanggup melihat awak disakiti hatta sekecil zarah sekalipun. Saya tak sanggup melihat awak sakit. Awak tahu, tidur malam saya tak lena, saya hilang selera makan, sebab saya risaukan keadaan awak. Kalau boleh, saya nk ada di samping awak, nak jaga awak 24 jam. Tapi, saya juga tak nak hati saya terus terasa bila awak langsung tak pandang saya, bahkan langsung tak pedulikan saya. Awak, awak lupa ke selama ni saya yang selalu ada disamping awak. Awak sakit, awak susah, awak senang. Seinci pun saya tak penah berganjak dari sisi awak. Melihat awak begini jatuh air mata saya.


Awak, tolong la cakap pada dya. Berhenti memaksa saya jauhkan diri dari awak. Awak nyawa saya. Awak nadi saya. Awak semangat saya. Dya ta penah berada di tempat saya, tak penah merasa apa saya rasa. 6 tahun saya pertahankan semua ini, mudahnya dya datang dan minta saya jangan ganggu awak. Saya akan pergi, jika sudah memang di takdirkan saya bukan tulang rusuk awak. Tapi pada masa itu, awak jangan lagi cari saya, jangan lagi minta saya kembali. Awak jangan risau, saya maafkan awak walaupun macam2 yg dah awak buat kat saya. Cinta tu memang membutakan mata saya. Saya terima suma baik buruk awak sebab saya harap awak juga dapat terima semua ketidak sempurnaan saya.


Saya sanggup hilang apa pun, sekalipun nyawa saya asalkan saya lihat awak tersenyum gembira. Saya tak kisah semua tu walaupun harga kegembiraan awak terpaksa saya bayar dgn air mata. Awak tahu, tak ada yang lebih menggembirakan saya melainkan melihat awak bahagia.


Kalau la awak tahu, betapa sayangnya saya pada awak. Tapi awak takkan tahu.
Andainya awak jodoh saya, saya hanya mampu berdoa supaya ALLAH dekatkan hati awak dgn hati saya. Tapi andainya awak bukan untuk saya, saya doakan awak selalu bahagia.
Semoga awak boleh jumpa orang yang dapat membahagiakan awak lebih dari saya~ yang boleh tahan dengan peragai awak, yang leh jaga awak.
*awak, saya doa awak sihat seperti selalu. Saya tak sanggup tengok awak macam ni*
SAYA SAYANGKAN AWAK ( lebih dari yg awak tahu dan awak sedar )


- MUHAMMAD SHAZWAN RAMLI